Thursday, June 11, 2009

CINTA sejam, seminit, sehari & seumur hidup

bayangkan jika kita mencintai seseorang, tetapi si dia tiidak mencintai kita, tentu menyakitkan bukan? pun begitu, kita akan lebih kecewa apabila kita mencintai seseorang, tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang kita rasakan

percaya atau tidak, kita memerlukan seminit untuk tertarik pada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang kita cintai..

mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa. Cinta hadir kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun sering dikecewakan.

berharaplah kita akan bertemu seseorang yang dapat membuat kita tersenyum kerana cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan dan berakhir dengan air mata kebahagiaan..semoga kau bertemu dengan seseorang yang akan membuat kau sentiasa tersenyum ara...tetapkan hati..doa pada Ilahi jika benar ketetapan itu..kau akan bertemu jalan kesitu...

doakan yang terbaik...araeoul

No comments:

Post a Comment