Saturday, June 20, 2009

hepy birthday ara.!!!!

hepy birthday ara...21 Jun..mlm tu di desasiswa ik aku,k.pia dan abe eyo sambut birthday aku..huhuhu sedih sgt cz kwn2 lain tkde, ma dgn abah tkde..nangis mlm tu..tapi tkpe la yg penting enjoy sangat mlm tu..


tapi yang paling best sgt..mlm tu first time sambut besday dgn durian dan kek..hehhehe lawak btol tapi best..abe eyo la yang bukak kulit durian tu..hehehe byk sgt makan mlm tu sampai pening kepala....kek pon tak habis nk makan..


ara harap apa yang ara hajati akan tercapai..teruskan doa ara..yakin pada diri insyaAllah Allah pasti akan membantu mu..Amin..hope tahun ini ara berjaya dalam life ara..apa yang ara impikan selam ini tercapai...berikan ara kekuatan Ya Allah...huhuhu









Saturday, June 13, 2009

tentang waktu

ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan
ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi..
ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber kebijaksanaan,
ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istiwewa
yang diberikan oleh Allah,
ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagian,
ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati
ambillah waktu untuk memberi, itu dapat membuat hidup terasa bererti,
ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan
ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga....

Thursday, June 11, 2009

CINTA sejam, seminit, sehari & seumur hidup

bayangkan jika kita mencintai seseorang, tetapi si dia tiidak mencintai kita, tentu menyakitkan bukan? pun begitu, kita akan lebih kecewa apabila kita mencintai seseorang, tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang kita rasakan

percaya atau tidak, kita memerlukan seminit untuk tertarik pada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang kita cintai..

mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa. Cinta hadir kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun sering dikecewakan.

berharaplah kita akan bertemu seseorang yang dapat membuat kita tersenyum kerana cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan dan berakhir dengan air mata kebahagiaan..semoga kau bertemu dengan seseorang yang akan membuat kau sentiasa tersenyum ara...tetapkan hati..doa pada Ilahi jika benar ketetapan itu..kau akan bertemu jalan kesitu...

doakan yang terbaik...araeoul

first time

salam..haisume..hehehehhe just nk citer jer pada saat ni la belajar benda baru first time wat blog..hehehe ketinggalan betol ara ni kan..kato ore kelate " darat ckit "..tapi pape pun hidup ni kena ada perubahan sentiasa berusaha untuk mencuba sesuatu yang baru..hehehe